![]() |
Gambar Hiasan |
Kesusasteraan Melayu Komunikatif atau secara ringkasnya disebut sebagai KMK merupakan subjek berkaitan kajian ke atas sastera melayu khususnya, baik dari segi sastera moden mahupun sastera tradisional. Era modenisasi kini telah menjadi antara punca sastera melayu pudar dari jiwa anak bangsa. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan subjek KMK ini sebagai salah satu langkah supaya sastera melayu tidak terus hilang dari dunia ini. Mempelajari subjek ini bukan bermaksud tidak bergaul dengan orang lain dan hanya menelaah buku sahaja, tetapi dengan mempelajarai subjek ini, pelajar akan mendapati bahawasanya semua yang berlaku di alam ini mempunyai kaitan dengan sastera. Baik berkaitan sains mahupun tidak. Semuanya, ada sastera. Sastera sentiasa bergerak di dalamnya dan yang membezakannya hanyalah bagaimana sastera diterjemahkan dalam intipati tersebut. KMK juga mengajar pelajar berpekerti mulia dan berbudi bahasa. Tujuan KMK diwujudkan bukan semata-mata supaya puisi-puisi melayu dipelihara tetapi juga supaya sikap bertatasusila dapat diterapkan dalam diri setiap anak bangsa supaya masyarakat dan negara berada dalam keadaan aman harmoni dan positif sahaja. Inilah dia sedikit sebanyak pengenalan mengenai subjek KMK. Harap anda membuat pilihan tepat dalam pemilihan subjek STPM. Pertimbangkanlah subjek ini untuk diambil kerana banyak manfaatnya kepada diri anda, masyarakat dan negara.
#RNA
No comments:
Post a Comment