Sunday, May 4, 2014

Kelebihan Tingkatan 6

Copyright by RNA (c)

::SELAMAT DATANG KE TINGKATAN 6 SESI 2014/2015::

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia ^_^ Pertama sekali, dengan hati yang bebrunga-bunga saya ucapkan; Selamat datang ke tingkatan 6 bagi sesi 2014/2015! TAHNIAH kerana berjaya ke tingkatan 6. Jangan pernah merasakan tingkatan 6 ini low standard atau tiada masa depan kerana percayalah, bahawasanya ramai lagi yang berebut-rebut mahu memasuki ke tingkatan 6. Tingkatan 6 bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang diwar-warkan oleh mereka yang tidak pernah melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, begitu juga diploma, asasi dan matrikulasi. Kesemuanya ini mempunyai kesusaha dan kesulitannya masing-masing. Jangan risau, setiap perkara yang membawa kepada kejayaan perlu dilalui dengan kesusahan. Dari kesusahan itulah kita akan berusaha untuk berjaya. Tingkatan 6 ini mempunyai beberapa kelebihan yang ramai tidak perasan atau tidak tahu, iaitu:

1. Yuran pengajian PERCUMA
2. Tempoh pengajian; 1 1/2 tahun
3. Dilayan seperti pelajar IPT
4. Perbelanjaan murah
5. Mudah mendapatkan bahan pengajian
6. Dibimbing oleh guru dalam pelajaran
7. Berpakaian bebas (mulai 2016)
8. Kualiti guru sangat cemerlang

Baru tahukan? Seronok sebenarnya tingkatan 6 ni. Jadi jangan malu masuk tingkatan 6. Kalau ada yang perlekehkan tingkatan 6, beritahu mereka kelebihan-kelebihan ini. Diploma, asasi dan yang setaraf dengannya mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing begitu juga STPM. Selamat Maju Jaya! 

#RNA



Sunday, April 20, 2014

Apa itu subjek; Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)?

Gambar Hiasan
Kesusasteraan Melayu Komunikatif atau secara ringkasnya disebut sebagai KMK merupakan subjek berkaitan kajian ke atas sastera melayu khususnya, baik dari segi sastera moden mahupun sastera tradisional. Era modenisasi kini telah menjadi antara punca sastera melayu pudar dari jiwa anak bangsa. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan subjek KMK ini sebagai salah satu langkah supaya sastera melayu tidak terus hilang dari dunia ini. Mempelajari subjek ini bukan bermaksud tidak bergaul dengan orang lain dan hanya menelaah buku sahaja, tetapi dengan mempelajarai subjek ini, pelajar akan mendapati bahawasanya semua yang berlaku di alam ini mempunyai kaitan dengan sastera. Baik berkaitan sains mahupun tidak. Semuanya, ada sastera. Sastera sentiasa bergerak di dalamnya dan yang membezakannya hanyalah bagaimana sastera diterjemahkan dalam intipati tersebut. KMK juga mengajar pelajar berpekerti mulia dan berbudi bahasa. Tujuan KMK diwujudkan bukan semata-mata supaya puisi-puisi melayu dipelihara tetapi juga supaya sikap bertatasusila dapat diterapkan dalam diri setiap anak bangsa supaya masyarakat dan negara berada dalam keadaan aman harmoni dan positif sahaja. Inilah dia sedikit sebanyak pengenalan mengenai subjek KMK. Harap anda membuat pilihan tepat dalam pemilihan subjek STPM. Pertimbangkanlah subjek ini untuk diambil kerana banyak manfaatnya kepada diri anda, masyarakat dan negara. 

#RNA